Sifu Aridz

Perkongsian Ilmu Pembinaan Laman Web dan Pemasaran Internet.

Kejayaan Mohd Faiz Subri Di Pentas Dunia Bolasepak FIFA Memenangi Anugerah Puskas Penyuntik Semangat

 

Hari ini, semua rakyat Malaysia bergembira dan berasa megah dengan kejayaan pemain bolasepak Mohd Faiz Subri yang telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016. Bukan calang- calang pemain bolasepak yang telah memenanginya. Faiz adalah pemain bolasepak pertama daripada Asia yang memenangi anugerah berprestij ini.

Berikut adalah pemenang – pemenang terdahulu.

 

  • Cristiano Ronaldo (2009)
  • Hamit Altintop (2010)
  • Neymar (2011)
  • Miroslav Stoch (2012)
  • Zlatan Ibrahimovic (2013)
  • James Rodriguez (2014)
  • Wendell Lira (2015) dan kini,
  •  Mohd Faiz Subri (2016)

Kita boleh mengambil semangat yang dikemukakan oleh Mohd Faiz Subri yang telah mencipta satu keajaiban memukau dunia. Sudah pasti, ianya bukan hanya daripada semangat tetapi di dalam disiplin membuat latihan dan akhirnya diterjemahkan dengan tindakannya yang berani. Siapa sangka, satu nama yang tidak dikenali dan terpencil hanya di Malaysia kini, berada harum di pentas dunia.

 

Tahniah kepada Sifu Mohd Faiz Subri! Congratulations to Ronaldo as the winner of the best player 2016!!!

Updated: January 10, 2017 — 1:46 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sifu Aridz © 2017 Frontier Theme