Sifu Aridz

Perkongsian Ilmu Pembinaan Laman Web dan Pemasaran Internet.

Ada Masalah Dengan Copywriting ?

copywriting-online-business-internet-marketing-income-online-sifuaridz

Copywriting adalah salah satu cabang di dalam Internet Marketing. Ianya adalah merupakan karangan untuk menarik minat prospek atau bakal pelanggan. Tujuaannya adalah untuk memberikan info mengenai produk dan menarik orang untuk membeli iaitu kita ingin membuat “sales” dengan copywriting ini. Ianya juga boleh dikatakan satu bentuk “closing” kepada sesuatu urusan.

Bagi saya , ramai yang terlalu memikirkan mengenai copywriting ini. Sehingga ada yang sanggup menghabiskan beribu – ribu ringgit untuk mengupah orang menulis mengenai produknya. Kitalah sebenarnya yang lebih mengenali produk kita daripada orang lain. Jika dah buat jualan dan ada modal, mungkin OK untuk “out-source” kepada orang lain. Namun, kalau baru bermula, semua nak upah orang, jangan terkejut jika bisnes anda tersadai kemudian hari.

Inilah teknik copywriting yang saya ikuti apabila menulis copywriting. Tak kiralah untuk website, email atau di whatsapp. Teknik ini adalah teknik promosi yang disyorkan oleh Harvard business school. Apakah yang perlu kita fikirkan dan tulis di dalam copywriting ini? Teknik ini dipanggil ABCD.

 

  1. Attention: Kita mestilah mendapatkan perhatian dengan meletakkan masalah yang ingin kita selesaikan. Mungkin juga kita petik keratan akhbar atau juga contoh- contoh masalah yang berlaku. Nampak masalah itu sebagai masalah yang benar- benar bermasalah dan perlu diselesaikan dengan segera.
  2. Benefits: Ceritakanlah apakah kelebihan yang ada tentang produk atau servis kita untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kenalkpasti beberapa kelebihan yang ada dan kembangkan penceritaan anda supaya mudah difahami. Saya guna perkataan “cerita” kerana orang lebih ramai tertarik dengan bahasa santai daripada bahasa buku.
  3. Credibility: Kredibiliti boleh disampaikan berkenaan dengan produk, syarikat ataupun diri kita sendiri. Jika berkenaan dengan produk, kita boleh berikan testimoni – testimoni berkenaan dengan hasil penggunaan produk. Kita juga boleh beritahu mengenai syarikat atau diri kita sendiri dengan syarat, jangan menipu. Sebagai seorang yang baru bermula, tiada siapa yang akan beritahu mengenai diri anda di online jika bukan anda yang beritahu.
  4. Direction: Ini adalah berkenaan dengan perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang itu jika dia berminat untuk mendapatkan produk atau servis kita. Apakah yang perlu dilakukan? Info apakah diperlukan? Bank accout manakah yang digunakan untuk memasukkan duit? Jangan biarkan copywriting anda tergantung tanpa panduan untuk mendapatkan produk atau servis.

Anda juga boleh memasukkan elemen- elemen lain di dalam copywriting anda. Penggunaan icon yang kita selalu nampak di whatsapp juga mungkin boleh membuat orang membaca secara ringan dan santai. Namun begitu, jangan terlampau membuat copywriting anda sebagai satu iklan kerana iklan terbaik tidak nampak macam iklan.

Jumpa lagi nanti!

SifuAridz.com

 


 

KELAS INTERNET MARKETER STARTER PERCUMA, 8 FEB 17, RABU, 9 – 11.30 MALAM

 

KELAS INTERNET MARKETING PERCUMA
Kenali tenaga pengajar: http://sifuaridz.com/

πŸ“†:8Feb 2017
🚩: Rabu
⏰: 9.00 malam – 11.30 malam
🌏: Seri Kembangan, Selangor
πŸ“²: Arina (0176708543)

πŸ“: ATC PUTRAWALK
Suite G-2-2, Jalan PP25,
Putrawalk Commercial Centre,
Pinggiran Putra off Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
(Sebelah Papparich, tingkat atas)

Bayaran: tiada bayaran, percuma.

Agenda (training sebagai Internet Marketer starter):
πŸ‘‰List targetted prospect 20k
πŸ‘‰FB automation ( Ocomm )
πŸ‘‰Email marketing ( Online extractor, Atomic email, PHPlist, Autoresponder)
πŸ‘‰Whatsapp marketing
πŸ‘‰Projek Biz Online RM10k

Tenaga pengajar:
Internet marketer sepenuh masa/ ex- senior staff engineer (semiconductor)
Master degree IT entrepreneuship (UTM)
Bachelor degree Mechatronics engineering (UIA)

Tempat adalah terhad 12 orang sahaja, hubungi segera urusetia untuk booking tempat anda.
πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’

Peserta yang telah mendaftar:

1. Wan mohd najmuddin
2. Nor Azfar Ishak
3. Mr.Lim
4. Yunus
5. Amirul Redzuan
6. Asmaan Othman
7. ?
8. ?
9. ?
10. ?
11. ?
12. ?
Jumpa nanti!

Ihklas,
Urusetia

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sifu Aridz © 2017 Frontier Theme