Sifu Aridz

Perkongsian Ilmu Pembinaan Laman Web dan Pemasaran Internet.

Seminggu Sudah Berlalu, Apa Ertinya 2017 Tahun Ekonomi Internet Untuk Kita?

 

statistics-on-online-shopping-and-ecommerce-12-638

Salam sejahtera,

Apa khabar? Semoga berada di dalam keadaan sejahtera. Sekejap sahaja masa berlalu, kita sudah pun seminggu berada di dalam tahun 2017. Tahun ini telah dinobatkan sebagai tahun ekonomi Internet. Apakah Maknanya untuk kita?

 

Kenapakah tahun ekonomi Internet diwujudkan? Saya pasti ramai yang tahu bahawa ekonomi Malaysia sekarang berada di tahap yang kurang memuaskan. Ringgit semakin jatuh nilai, harga barang meningkat, harga minya meningkat, cukai baru diwujudkan dan pelbagai lagi perkara yang berlaku menyebabkan ekonomi huru hara.

 

Bagi mengimbangi apa yang berlaku, kita digalakkan untuk berniaga di Internet? Kenapa?

  • Ianya paling mudah dilakukan, tidak perlu premis dan boleh dilakukan dari rumah.
  • Kos yang amat rendah, menggunakan prasaran Internet yang sudah ada.
  • Kemajuaan rakyat Malaysia yang sudah meningkat penggunaan IT.

 

Dengan keusahawanan Internet ini, ianya juga diharap dapat membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan juga graduan yang masih belum mendapat kerja. Jangan lengahkan peluang yang ada, jom kita sama- sama beronline business. Semoga tahun 2017 memberikan impak yang terbaik untuk kita maju setapak lagi di dalam bidang keusahawan IT.

 

Jumpa lagi!

 

Aridz
SifuAridz.com

Updated: January 8, 2017 — 12:16 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sifu Aridz © 2017 Frontier Theme